Monday 15 July 2013

JUS CINTA TERHEBAT DI ABAD INI




JUS CINTA YG TELAH DI KOMERSIALKAN .. HARGA RM1.50 PCS


Ini dia minuman kegemaran cek yam JUS CINTA ... tapi cek yam suka panggil jus cintan cintun sedapnyaaaa... Paling best bila minum semasa waktu  tengahri ...panas .. haaa legakan dgn kesejukan Jus Cinta..ermm Terbaekkk!!!
..sebelum nih nak minum order jer kat kedai tertentu.. Sekarang cek yam udah pandai buat sendiri.
Sekarang nih bulan ramadan boleh lah dibuat  untuk berbuka nanti...   masa bersahur minum lah Nuverus minuman botanikal lps tu layan minuman panas kopi delima utk kesegaran esok harinya.. 
Memang terbaeklahh... 

Oklah Jom kita teruskan  mission impossible yang seterusnya..
Alang-alang nak buat biarlah banyak sikit.. kalau nak buat sebiji dua.. buang masa jer...

Bahan-bahannya:
20 biji limau kasturi
20 biji asam Boi
500 gram gula pasir
3 cawan air  (kalau nampak mcm skit je  tambah air skit lg)

Limau Kasturi

Asam Boi
Cara-caranya:

Limau kasturi yang sudah dibasuh bersih-bersih tu potong skit jer..dan dibuang bijinya..
Air limau tu jgn lah dibuang boleh put together dgn limau bila nak msk nanti untuk rasa yg lebih kaw. Selepas itu sumbat Asam Boi kedalam limau kasturi.


Maka bermulalah Cinta Limau @ Asam Boi


Masukan Limau gula dan air  tu td dlm periuk dan masak dlm masa 15minit.
Saya masak sampai 20 minit sbb nak bg air gula pekat skit.. nanti bila nak bancuh xperlu buat air gula lagi.



Selepas itu biarkannya sejuk jika nak minum bolehlah bancuh.
Honestly cek yam bagi tahu nihhh... bau Jus Cinta memang menusuk kalbu.. 
Jus Cinta sedap dimakan setelah diperam dlm 3 minggu sbb limau dia akan lembut..
jika nak guna Gula 1 kilo pun boleh sbb nanti Jus Cinta kita akan tahan lama. .
Makin Lama peram lg sedap sbb limau tu nanti akan bertambah lembut sedap dimakan

Setelah sejuk boleh lah disimpan didalam botol ... bila nak minum boleh buat sahaja..
Cek Yam buat banyak dalam 30biji ... malas nak buat bnyk kali 


Sedia Untuk Di minum


Selamat mencubaaa


2 comments: