Tuesday 16 July 2013

IKAN BAKAR SAMBAL TEMPOYAK TERSENANG DAN TERSEDAP DI ALAM SEMESTA


IKAN BAKAR SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum ...
Apa khabar semua.. semoga bulan puasa ini kita semuanya bertambah luar biasa hebat minda dan jiwa.
Bulan yg mulia ini akan menjadikan kita bertambah mantap dari segi amal ibadah Insya'Allah.

Hari ini ketuk2 dapur cek yam nak bagi tau rahsia 
Kesedapan Ikan Talapia Merah Bakar Sambal Tempoyakkk...

Memang makanan kegemaran teman dan seluruh keturunan atok nenek moyang teman..memang gemor..
mkn tempoyak.. baik gulainya.. mahupun sambalnya ... cuma kuih ,bubur  dan cekodok tempoyak je teman xponah dengo lg..
Opppps... cukup cukup... lah cek yam speaking bahasa kampung ibunda cek yam... hihiii (^____^)  senyum lebar...

OK .. kita teruskan jelajah ke resepi turun temurun  iaitu

Ikan Talapia Merah Bako Sambal Tempoyakkk 
paling simple senang dan sedap di alam semesta ini

Bahannya ialah :

1 ekor ikan talapia merah
3 senduk  tempoyak
2 helai daun kunyit
2 batang serai
6-7 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi atau nak guna cili yg kurang pedas pun boleh -cili merah )
1 sudu teh kunyit ... 
1 seulas kunyit hidup sikit je sebab nak bg tempoyak kita tu warna kuning xdelah pucat je nanti
.. ( kunyit hidup maknanya kunyit yg baru diambil dari pokok .. bukan yg serbuk tu ) 
  ( Daun Pisang seadanya... )





IKAN TALAPIA MERAH


TEMPOYAK

Cara-caranya:

ikan talapia yg sudah dibersihkan tu .. sapulah garam dan kunyit kemudian bakar dahulu sesuka hati..kalau xde grill nak bako .. dalam kuali pun boleh..alas dgn daun pisang.. yg penting bako sampai masak. letak lah minyak skit semasa bako tu.. nanti dia melekat.. 




Haa..disini nak ajar cara buat sambal tempoyak versi cek yam. Pada kebiasaannya orng perak masak tempoyak 
tidak menggunakan bawang..nanti rasa tidak ori .. tak umpphh!!!..  Kalau orng negeri lain tu mungkin kot.. mcm2 versi.

Mula-mula  cili, kunyit hidup garam ditumbuk lumat ..daun kunyit di hiris halus kemudian serai tu diketuk saja.Semua bahan tu tadi digaul dgn tempoyak. gaul gaul sehingga rata. 
Kalau tempoyak tu pekat sangat boleh letak sedikit air. make sure tempoyak tu tadi secukup rasa.. pedas n garamnya..




Langkah seterusnya... 
ambil daun pisang letakkan separuh sambal tempoyak tu diatas daun pisang..dan ratakan ikut besar ikan tu lah.kemudian ikan yg telah dibakar tu td...letakkn diatas sambal tempoyak.
Balance sambal tempoyak tu tadi sapu dan ratakn  diatas ikan bakar kita tu td.
Proses yg terakhir ... bungkus ikan tu cantek2.. bakar selama 10minit.. terbalik-terbalikkan supaya sambal tempoyak kita tu tadi masakkkkk... amboiiiii baunyaaa... menusuk kalbuuu.. nak pulak bau daun kunyit tu..sungguh wangii..
ada orng suka tambah daun limau purut dan daun kesom.Tapi cek yam xsuka sgt sbb x Ori.
( Sekiranya tempoyak tu sudah lama jgn lupa letak gula sikit supaya tidak masam sangat rasanya...kalau tempoyak baru tidak perlu )
Selamat mencuba...  selera dapur cek yam... simple semudah abc ... bila makan sambal tempoyak xboleh nak berhentiiii...



TAAA DAAANGGGG ...  SEDIA UTK DIMAKANNNN BERBUKA NANTI 



2 comments: