Wednesday 17 July 2013

MAGIC STRASS HOT PRODUK


MAGIC TRASS @ APPLICATOR WAND
Alatan menampal seperti Applicator Wand dan  Press Machine bagi busines dunia fesyen.
magic strass ada volt controller yg boleh control tahap kepanasan yg bersesuai dgn febrik atau aksesori yg kita buat 
Ianya tidak seperti 
Applicator Wand yg lain yg berharga murah (100++)

NAK SAMBUT HARI RAYA ATAU  HENDAK KE MAJLIS NAMPAK LEBIH ANGGUN DAN BLINKKK2...  MARI BELI  PROSUK AKAK MAGIC STRASS.. MURAH SAHAJA..
APA YANG PENTING BATU BLINK2 TIDAK MUDAH TANGGAL ..


MEMUDAHKAN PASANG BATU SWAROVSKI  PADA 
TUDUNG @ SELENDANG
BAJU KURUNG 
BAJU PENGANTIN
T-SHIRT
KASUT
H-BAG
WALLET

IANYA JUGA MEMUDAHKAN MEMASANG BATU PADA TEMPAT2 YG SUKAR PADA
BAJU ATAU AKSESORI WANITA YG LAIN SEPERTI CEKAK @ HEAD BAND ETC


CALL ATAU SMS SEKARANGG
013-3297007





AKSESORI YANG TERDAPAT DALAM KOTAK


AKSESORI BATU BLINK2 SET PERCUBAAN


BOLEH SIMPAN DLM BEKAS YG DIBERI


PEMANAS DALAM KADAR VOLT YG RENDAH DAN SESUAI YG
PENTING BATU TDK MUDAH TANGGAL


JIKA TIDAK FAHAM BOLEH SEMAK PANDUAN YG DIBERKAN


BOLEH  TAMBAH BATU DITUDUNG .. BUAT SENDIRI


KASUT


PASANG BATU T-SHIRT





JUBAH ATAU BAJU KURUNG 


KASUT PUN BOLEH UTK NAMPAK KELAINAN


BOLEH JUGA LETAK BLING2 PADA BEG

BLING PADA COVER H-SET



JIKA MAHU APPLICATOR STRASS HARGA BUDGET PUN ADA BOLEH PILIH YG INI
SILA SMS@WATSAP 016-3546370



Tuesday 16 July 2013

IKAN BAKAR SAMBAL TEMPOYAK TERSENANG DAN TERSEDAP DI ALAM SEMESTA


IKAN BAKAR SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum ...
Apa khabar semua.. semoga bulan puasa ini kita semuanya bertambah luar biasa hebat minda dan jiwa.
Bulan yg mulia ini akan menjadikan kita bertambah mantap dari segi amal ibadah Insya'Allah.

Hari ini ketuk2 dapur cek yam nak bagi tau rahsia 
Kesedapan Ikan Talapia Merah Bakar Sambal Tempoyakkk...

Memang makanan kegemaran teman dan seluruh keturunan atok nenek moyang teman..memang gemor..
mkn tempoyak.. baik gulainya.. mahupun sambalnya ... cuma kuih ,bubur  dan cekodok tempoyak je teman xponah dengo lg..
Opppps... cukup cukup... lah cek yam speaking bahasa kampung ibunda cek yam... hihiii (^____^)  senyum lebar...

OK .. kita teruskan jelajah ke resepi turun temurun  iaitu

Ikan Talapia Merah Bako Sambal Tempoyakkk 
paling simple senang dan sedap di alam semesta ini

Bahannya ialah :

1 ekor ikan talapia merah
3 senduk  tempoyak
2 helai daun kunyit
2 batang serai
6-7 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi atau nak guna cili yg kurang pedas pun boleh -cili merah )
1 sudu teh kunyit ... 
1 seulas kunyit hidup sikit je sebab nak bg tempoyak kita tu warna kuning xdelah pucat je nanti
.. ( kunyit hidup maknanya kunyit yg baru diambil dari pokok .. bukan yg serbuk tu ) 
  ( Daun Pisang seadanya... )





IKAN TALAPIA MERAH


TEMPOYAK

Cara-caranya:

ikan talapia yg sudah dibersihkan tu .. sapulah garam dan kunyit kemudian bakar dahulu sesuka hati..kalau xde grill nak bako .. dalam kuali pun boleh..alas dgn daun pisang.. yg penting bako sampai masak. letak lah minyak skit semasa bako tu.. nanti dia melekat.. 




Haa..disini nak ajar cara buat sambal tempoyak versi cek yam. Pada kebiasaannya orng perak masak tempoyak 
tidak menggunakan bawang..nanti rasa tidak ori .. tak umpphh!!!..  Kalau orng negeri lain tu mungkin kot.. mcm2 versi.

Mula-mula  cili, kunyit hidup garam ditumbuk lumat ..daun kunyit di hiris halus kemudian serai tu diketuk saja.Semua bahan tu tadi digaul dgn tempoyak. gaul gaul sehingga rata. 
Kalau tempoyak tu pekat sangat boleh letak sedikit air. make sure tempoyak tu tadi secukup rasa.. pedas n garamnya..




Langkah seterusnya... 
ambil daun pisang letakkan separuh sambal tempoyak tu diatas daun pisang..dan ratakan ikut besar ikan tu lah.kemudian ikan yg telah dibakar tu td...letakkn diatas sambal tempoyak.
Balance sambal tempoyak tu tadi sapu dan ratakn  diatas ikan bakar kita tu td.
Proses yg terakhir ... bungkus ikan tu cantek2.. bakar selama 10minit.. terbalik-terbalikkan supaya sambal tempoyak kita tu tadi masakkkkk... amboiiiii baunyaaa... menusuk kalbuuu.. nak pulak bau daun kunyit tu..sungguh wangii..
ada orng suka tambah daun limau purut dan daun kesom.Tapi cek yam xsuka sgt sbb x Ori.
( Sekiranya tempoyak tu sudah lama jgn lupa letak gula sikit supaya tidak masam sangat rasanya...kalau tempoyak baru tidak perlu )
Selamat mencuba...  selera dapur cek yam... simple semudah abc ... bila makan sambal tempoyak xboleh nak berhentiiii...



TAAA DAAANGGGG ...  SEDIA UTK DIMAKANNNN BERBUKA NANTI 



Monday 15 July 2013

JUS CINTA TERHEBAT DI ABAD INI




JUS CINTA YG TELAH DI KOMERSIALKAN .. HARGA RM1.50 PCS


Ini dia minuman kegemaran cek yam JUS CINTA ... tapi cek yam suka panggil jus cintan cintun sedapnyaaaa... Paling best bila minum semasa waktu  tengahri ...panas .. haaa legakan dgn kesejukan Jus Cinta..ermm Terbaekkk!!!
..sebelum nih nak minum order jer kat kedai tertentu.. Sekarang cek yam udah pandai buat sendiri.
Sekarang nih bulan ramadan boleh lah dibuat  untuk berbuka nanti...   masa bersahur minum lah Nuverus minuman botanikal lps tu layan minuman panas kopi delima utk kesegaran esok harinya.. 
Memang terbaeklahh... 

Oklah Jom kita teruskan  mission impossible yang seterusnya..
Alang-alang nak buat biarlah banyak sikit.. kalau nak buat sebiji dua.. buang masa jer...

Bahan-bahannya:
20 biji limau kasturi
20 biji asam Boi
500 gram gula pasir
3 cawan air  (kalau nampak mcm skit je  tambah air skit lg)

Limau Kasturi

Asam Boi
Cara-caranya:

Limau kasturi yang sudah dibasuh bersih-bersih tu potong skit jer..dan dibuang bijinya..
Air limau tu jgn lah dibuang boleh put together dgn limau bila nak msk nanti untuk rasa yg lebih kaw. Selepas itu sumbat Asam Boi kedalam limau kasturi.


Maka bermulalah Cinta Limau @ Asam Boi


Masukan Limau gula dan air  tu td dlm periuk dan masak dlm masa 15minit.
Saya masak sampai 20 minit sbb nak bg air gula pekat skit.. nanti bila nak bancuh xperlu buat air gula lagi.



Selepas itu biarkannya sejuk jika nak minum bolehlah bancuh.
Honestly cek yam bagi tahu nihhh... bau Jus Cinta memang menusuk kalbu.. 
Jus Cinta sedap dimakan setelah diperam dlm 3 minggu sbb limau dia akan lembut..
jika nak guna Gula 1 kilo pun boleh sbb nanti Jus Cinta kita akan tahan lama. .
Makin Lama peram lg sedap sbb limau tu nanti akan bertambah lembut sedap dimakan

Setelah sejuk boleh lah disimpan didalam botol ... bila nak minum boleh buat sahaja..
Cek Yam buat banyak dalam 30biji ... malas nak buat bnyk kali 


Sedia Untuk Di minum


Selamat mencubaaa


Sunday 14 July 2013

MASAKAN YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP DALAM DUNIA


Percaya ataupun tidak itu bergantung pada persepsi masing-masing.Tetapi percaya 
lah korang mampu memasak atau membuat juadah yg paling sedap didalam dunia 
semudah ABC.Bila ditanya  masakan siapa yang paling sedap sekali. Jawapan nya 
tentulah masakan mak teman n mak korang semua .. walaupun masak cincai-cincai.. 
campak sana -sini ala ala kungfu hustle ..xpresentable mcm kat hotel atau pun mcm 
chef2 celebriti tb tu masak .. enzim air tangan mak sudah cukup membuatkan air liur 
meleleh x sabo nak mkn... ermmm  Mak teman tidak pernah masak guna perisa 
Ajinamoto ..secukup rasa .. kiub Knorr ke .. atau mcm2 lg perisa yg melambak kat 
pasaran skrng nih.. perisa mak saya secubit keikhlasan dan sesenduk kasih sayang 
sahaja.. sudah cukup membuatkan anak2 makan sehingga menjlat siku..  Kadang2 
kena siku sebab kacau mak tengah masak kat dapur.. masa kecik2 dulu... hehehee 
hakikat memang sebegitu tidak boleh disangkal sbb telah tebukti krn dgn secret resepi 
mak itulah membuatkan teman ni membesar dgn sihat dan genius sekali.. hhiiii  
 (^__^)

Sempena bulan puasa ni.. ramai orng sibuk membeli kuih-muih , lauk pauk.. mcm2 lg 
juadah yg pelik2 sedap dan sungguh menyelerakan yg boleh menambahkan berat 
berkilo-kilo.. tu... teman nak kongsi.. menu rahsia tersedap sekali didalam dunia 
semudah ABC ..  
Teman kalau makan xde sambal terutamanya sambal belacan memang tak sah... 

Rahsia Kesedapan Sambal Belacan Goreng Teman telah terbongkar .. hihiiii
itu adalah salah satu trademark yg sering digunakan dlm business alam maya ini..
Sebenonya korang pun biasa kot buat kat rumah... Resepi ini khas untuk orng yg xde 
lesung batu dirumah.. atau pun  mls nak ketung -ketang tumbuk 
sambal ,atau pun takut bising jiran kat umah bwh tu komplen bising ..bg yg tinggal di umah bertingkat2 la 
kan.

wokeh hari ini kita menjenguk ke dapur Cek Yam..

Bahannya ialah:

2 biji tomato
6-7 biji cili api (kalau nak pedas tambah la lg)
1 sudu besar belacan (belacan nih saya dan goreng hancur sbb tu ambil guna sudu)
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu teh gula ( sudu kecik ... bkn teh..nanti kang sambal rasa teh ..sape nak jwap..    

cek yam jugak ..hihiiii 
sedikit minyak masak...
utk menambahkan kesedapan sambal tu nanti jgn lupa tambahkan perisa rahsia iaitu keikhlasan dan kasih sayang anda tdk terhingga memasaknya

Cara-cara membuatnya ya:




Bahan utama ... Taadaaaaaa  BElacan


Bawang sekadar hiasan jerr

Oleh kerana baru lepas goreng udang berempah, cek yam kitar semula minyak yg 
balance tu tadi n guna kuali yg sama.Nak tahu kenapa.. cek yam guna minyak zaiton..
so olive oil kan boleh guna berpuluh kali .. tdk memudaratkan kesihatan kita malah 
minyak yg terbaek buat masa kini..
Untuk pengetahuan semua minyak masak yg biasa kita guna utk masakan di rumah tu 
lah sebenarnya tdk boleh digunakan berkali2 kerana boleh mencetuskan pelbagai 
penyakit..terutamanya kanser.. guna sekali shj lps tu buang.. membazirkan .. oleh itu 
kalau mengoreng apa pun gunalah minyak dalam kuantiti yg sedikit dan secukup je.. 



Tomato n cili digoreng , kemudian mskkn belacan ..


alamakkk... maaf ..  Iklan Olive oil la pulakk..
ok para penggemar sambal belacan sekalian...kita teruskan misi kita..

panaskan minyak..dan masukkn 2 biji tomato , cili api tadi.. goreng sehingga tomato 
dan cili  tu layu..
..kemudian guna sudip tu belah2 n cincang @!*&^%$  .. 
masukkan belacan tadi.. kacau2..  amboi bau dia... ermmm..
masukkan air asam jawa skit jer lau bnyk .. nanti masam pulak..
kalu tak suka letak air asam jawa pun sedap juga ... 
masukkan garam dan gula secukup rasa... kacau sehingga sebati.. dan angkat..
sambal belacan tomato ..pedas msm manis.. kalau colek xnak berhenti..

Boleh makan dgn ulam-ulam timun, petai , peria ikut selera
Tapi cek yam rebus kacang n sayur..
sambal tu dituang terus ke atas sayur itu tadi.. emm.. simple ... senang dimasak cepat dimakan..  selamat mencuba ..  (",)

Taaa daaangg.... dah siap utk dimakan berbuka nanti...


Sambal Belacan Goreng




Friday 12 July 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK DATANG LAGI





Assalamualaikum semua,

Selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita kerana bulan inilah pahala berlipat ganda dan kita muhasabah diri serta membersihkan diri dari dosa-dosa.Alhamdulillah kita masih dipertemukan lg dgn ramadhan.





Tiada apa yang teman  nak celotehkan cuma nak ucapkan selamat berpuasa buat teman-teman dan keluarga semua yg mana ada terselit baca celoteh teman nih...

Ermmm.. tak sabar nak balik perak.. kg teman kat perak le.. rindu udara kg.. gauw2.. gitu...  Sehingga kita puasa yg ke 3hari.. teman beli lg ponah jejak kaki ke bazar ramadhan... rasanya mkn tu teman konsisten,.. ala kadar dan seperti biasa aje.. Bak kata makcik mana tah... JANGAN MEMBAZIO .. hihiii .. teman idak buleh mkn bnyk2 dan lebih2.. sbb ada penyakit gastrik.. sila2 menangong kesakitan.. hahaa...
tapi buah yg paling teman gemari dahulu dan selamanya... tadaaaaangg...  KURMA or TAMAR...
Kalau nak tahu kenapa teman ni codik dan pandai lg genius.. sbb amalkan mkn buah tamar.. hihiiii ...
Mari teman kongsikan sedikit kehebatan nya..



Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.

Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.

Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.


Mari kita Sadaqah..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah manusia paling dermawan. Dan beliau lebih demawan ketika di bulan Ramadhan. Beliau menjadi lebih pemurah dengan kebaikan daripada angin yang berhembus dengan lembut. Beliau bersabda, "Shadaqah yang paling utama adalah shadaqah pada bulan Ramadhan." (HR. al-Tirmidzi dari Anas)
Sesungguhnya shadaqah di bulan Ramadhan memiliki keistimewaan dan kelebihan, maka bersegeralah dan semangat dalam menunaikannya sesuai kemampuan. Dan di antara bentuk shadaqah di bulan ini adalah:
a. memberi makan
Allah menerangkan tentang keutamaan memberi makan orang miskin dan kurang mampu yang membutuhkan, dan balasan yang akan didapatkan dalam firman-Nya:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا
قَمْطَرِيرًا  فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا  وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera." (QS. Al-Nsan: 8-12)

Para ulama salaf sangat memperhatikan memberi makan dan mendahulukannya atas banyak macam ibadah, baik dengan mengeyangkan orang lapar atau memberi makan saudara muslim yang shalih. Dan tidak disyaratkan dalam memberi makan ini kepada orang yang fakir. Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Wahai manusia, tebarkan salam, berilah makan, sambunglah silaturahim, dan shalatlah malam di saat manusia tidur, niscaya engkau akan masuk surga dengan selamat." (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Al-Albani)
Sebagian ulama salaf ada yang mengatakan, "Aku mengundang sepuluh sahabatku lalu aku beri mereka makan dengan makanan yang mereka suka itu lebih aku senangi dari pada membebaskan sepuluh budak dari keturunan Islmail."
Ada beberapa ulama yang memberi makan orang lain padahal mereka sedang berpuasa, seperti Abdullan bin Umar, Dawud al-Tha'i, Malik bin Dinar, dan Ahmad bin Hambal Radhiyallahu 'Anhum. Dan adalah Ibnu Umar, tidaklah berbuka kecuali dengan anak-anak yatim dan orang-orang miskin.
Ada juga sebagian ulama salaf lain yang memberi makan saudara-saudaranya sementara ia berpuasa, tapi ia tetap membantu mereka dan melayani mereka, di antaranya adalah al-Hasan al-Bashri dan Abdullah bin Mubarak.
Abu al-Saur al-Adawi berkata: Beberapa orang dari Bani Adi shalat di masjid ini. Tidaklah salah seorang mereka makan satu makananpun dengan sendirian. Jika ia dapatkan orang yang makan bersamanya maka ia makan, dan jika tidak, maka ia keluarkan makanannya ke masjid dan ia memakannya bersama orang-orang dan mereka makan bersamanya.
b. Memberi hidangan berbukan bagi orang puasa
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Siapa yang memberi berbuka orang puasa, baginya pahala seperti pahala orang berpuasa tadi tanpa dikurangi dari pahalanya sedikitpun." (HR. Ahmad, Nasai, dan dishahihkan al-Albani)
Dan dalam hadits Salman Radhiyallahu 'Anhu, "Siapa yang memberi makan orang puasa di dalam bulan Ramadhan, maka diampuni dosanya, dibebaskan dari neraka, dan baginya pahala seperti pahala orang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya."


. . . Sesungguhnya shadaqah di bulan Ramadhan memiliki keistimewaan dan kelebihan, maka bersegeralah dan semangat dalam menunaikannya sesuai kemampuan. . .